Sunday, February 27, 2011

aKu YanG SerABooT!!!


Lamanya aku tak up-date blog ni..Bukan malas, bukan takde idea, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan..

Bulan FEBRUARI 2011 ni memang amat mencabar untuk aku. Bermula dengan pertukaran ke hartanah, kursus, kemalangan dan akhirnya timbunan kerja....

Alhamdulillah, aku dapat tanggunhkan pertukaran ke 1 Mac 2011. Kononnya masa minta tangguh tu, nak setelkan kerja-kerja di pejabat la. Tapi rupa-rupanya hajat tak kesampaian.

Minggu kedua Februari, aku diarahkan mengikuti kursus "ETIKA DAN PROTOKOL KHAS" di The Royale Bintang Spa and Resort, Seremban, Negeri Sembilan. Kursus yang dijalankan selama 4 hari 3 malam tu telah membuatkan aku jatuh sakit (demam je) pada hari Jumaat.

Dengan semangat yang berkobar-kobar untuk melangsaikan kerja, aku pergi ke pejabat pada pagi Isnin, 14 Februari 2011. Namun, Allah tidak mengizinkan aku untuk ke pejabat pada hari tersebut. Aku ditimpa kemalangan dengan sebuah kereta. Alhamdulillah, nyawa aku masih panjang. Aku hanya mengalami kecederaan-kecederaan kecil dan diberi cuti sakit selama 9 hari.

Hanya Allah yang tahu betapa serabutnya kepala aku sepanjang ber"MC" kerana memikirkan kerja-kerja di pejabat. Tapi Allah tu MAHA KUASA, aku mampu menyelesaikan kerja-kerja tersebut dalam tempoh 2 hari (Jumaat lepas kena ambil cuti rehat pula-last appointment -hopefully- dengan doktor).

Nampaknya aku hanya tinggal esok (Isnin) sahaja untuk menyelesaikan apa-apa yang sepatutnya. Rasa sedih untuk meninggalkan pejabat lama. Namun, aku sebenarnya agak takut untuk terus melalui kawasan kemalangan tersebut. Dan ini menguatkan semangatku untuk bertukar.

Semoga Allah akan permudahkan urusanku untuk masa akan datang. Dan kepada kawan-kawan, berhati-hati semasa memandu. Ingatlah orang tersayang (Cheewahhh!!!)

2 comments:

  1. wah..blog gmbor2 org ensem korea gitu..hik3!!!

    ReplyDelete
  2. hohoho..tu pemberi smgt tu..sila pilih yg mane berkenan ek...hehehe

    ReplyDelete