Wednesday, February 2, 2011

aku yangTUNJUK BAIK atau kau yang ZALIM?

Aku nak tanya, kenapa zaman sekarang ni, bila seseorang tu buat salah - dia dianggap normal; dan bila seseorang tu melakukan kebaikan - dia dipandang 'semacam'.

Kisahnya macam ni: Semalam aku pergi ke restoran mamak untuk membeli nasi dan lauk untuk kucing-kucing kesayanganku. Semasa aku sedang memilih lauk pauk untuk kucing ku (kena pilih gak, 'budak2' ni takmau makan lauk sama setiap hari-memilih sungguh), datangla seekor kucing jalanan meminta-minta makanan daripada satu keluarga melayu yang sedang menjamu selera dengan lahapnya di restoran tu. Apabila kucing itu mula mengiau-ngiau, ketua keluarga tersebut dengan disertai oleh anak-anaknya tanpa segan silu dan dengan penuh ke'peribinatang'an menendang kucing tersebut agar pergi jauh dari mereka.

Apabila aku melihat situasi tersebut, aku dengan rasa kasihannya mengambil seekor ikan goreng dan memberikannya kepada kucing yang kelaparan tu. Lantas aku berkata kepada mamak kedai tersebut "Ikan ni nanti kira sekali. Saya bagi ikan ni untuk kucing tu. Jangan buang ikan ni, biar sampai kucing tu habis makan".

Apa yang menyakitkan hati aku ialah, apabila keluarga yang lahap ni tadi, merenung aku dengan pandangan yang sangat tak puas hati. Sampaikan aku tertanya-tanya; salahkah apa yang aku buat? Atau salahkan aku, kiranya keperimanusiaan aku ni menjadikan keperibinatangan mereka itu terserlah?

Buat kawan-kawan kat luar sana: Jangan sesekali membenci atau menyalahkan orang lain sekiranya keikhlasan mereka membuat kebaikan menyebabkan kebusukan hati kamu terserlah. Cuba-cubalah bersihkan jiwa dan berfikir dengan lebih rasional (nak buat baik ni tak perlu kebijaksaan pun, cukupla dengan hati yang suci). Allah bagi kita peluang hidup di bumi ini, bukan hanya manusia sahaja, tetapi berkongsi tanah, udara, air dan segala khazanahnya dengan makhluk Allah yang lain.

Juga ingatlah, dalam setiap rezeki yang Allah sampaikan kepada kita, ada terselit rezeki orang atau makhluk lain di dalamnya. Tak salah kita berkongsi rezeki tersebut, sedangkan kita telah diberi kebenaran untuk berkongsi nikmat Allah. Ingat, selain doa anak yang soleh, amalan bersedekah jugalah yang boleh menyelamatkan kita di akhirat kelak.

Okeylah, dah panjang mengomel aku ni..Nanti kita sambung lagi..

Cheerio!

2 comments:

  1. as-salam..sape la family yang penuh ngan sifat ke'binatang'an tu?? sakit hati betul dgr org dok sepak2 kuceng nie, rasa nak sepak2 balik ja org tu...!!!

    ReplyDelete
  2. kalo org kenal sapa memang dh kena sound kaw2 kat ctu..sb xkenal, wat xtau je la..nt krg ade leh dpt pahala, ilang plaks.hahaha.tp mmg rase nak sepak je family tu..bengongs..kalo xsuka pon jgnla sepak kucing tu...

    ReplyDelete