Monday, April 11, 2011

mastika : episod 1

Baru-baru ni aku ada membeli beberapa naskah majalah MASTIKA edisi semasa aku sekolah menengah..Setelah aku belek2 majalah2 tersebut, aku dapati ada beberapa (banyak gak sebenarnya) info untuk aku kongsikan diblog ni..So, mari kita lihat siapa yang kena!!!

  • Sejenis kepah - quahogs - hanya terdapat di pesisir pantai Lautan Atlantik. Ia dikatakan boleh hidup lebih 200 tahun. (ni kalau nak makan, mesti liat..^^)
  • Protein gandum dapat mengurangkan sakit kepala. Kerana itu mereka yang menjadikan bijirin itu makanan ruji, tidak pernah diserang penyakit ini. (nampaknya lepas ni saya kena tuko pola makanan la)
  • Hidung manusia boleh mengecam lebih seratus bau yang berbeza-beza. Namun demikian deria hidu itu boleh dilatih hingga menjadi terlalu sinsitif - dapat membezakan lebih seribu bauan. Pengawal mutu di syarikat-syarikat pengeluar minyak minyak wangi adalah mereka yang dapat membezakan lebih seribu bau. (wow! hanjing pon nangis!)
  • Pakar Alam Sekitar US, Gina Solomon melaporkan pelajar yang berulang-alik menaiki bas terdedah kepada gas beracun yang dikeluarkan oleh kenderaan tersebut. Gas itu menjadi punca begitu ramai kanak-kanak diserang pelbagai jenis kanser. (para ibu bapa, silalah hantar anak ke sekolah)
  • Bahan kimia triclosan; sejenis antiseptik yang digunakan dalam ubat gigi, ubat kumur dan sabun mandi mempunyai agen aktif untuk merawat malaria. Ia telah diuji berkesan untuk membunuh kuman yang dibawa oleh nyamuk. (well, who & nato - u should send more toothpaste to africa..then u can save medicine cost)
  • Kurang pendedahan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan orang tua yang berusia 60 tahun keatas mengalami insomnia. (mates, lets ask our parents to take a walk or jog everyday)

2 comments: