Wednesday, April 13, 2011

mastika : episod 2

mari...mari...mari...ni aku tambah lagi info menarik yang aku baca dalam mastika edisi november 1998:
  • Berapakah jumlah perkataan yang anda ucapkan setiap hari - sama ada untuk berbual kosong, bergurau dengan kawan-kawan ataupun bersyarah? Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari. Penggunaan perkataan sebanyak itu menyebabkan kita terpaksa menghabiskan 3 1/2 jam sehari untuk bercakap. Ini bererti setiap satu jam, kita menggunakan 9,000 perkataan. Itu dalam sehari, berapa pula jumlahnya seminggu, sebulan atau setahun? Anda kiralah sendiri! (Ni aku dah kira: kalo sehari kita guna 30k; seminggu = 210k; sebulan = 900k; setahun = 10.95m.. wahhh...byknya aku bercakap!)
  • Jepun memiliki jangka hayat paling panjang di dunia. Menurut perangkaan terakhir (xtau la tahun bile ni), kaum lelaki mencecah usia 75 tahun sementara wanita sehingga 85 tahun. Kejayaan itu adalah khabar gembira kepada bidang perubatan kepada negara matahari terbit itu. Bagaimanapun keadaan itu merunsingkan pihak lain -> agensi-agensi kerajaan yang terpaksa menambah ongkos untuk mendirikan lebih banyak penempatan orang-orang tua ini. (Laa...sia2 je la kalo umur pjg tapi kena dok rmh org tua..Baik mati cepat tapi dikelilingi anak2..rasanya pihak kebajikan jepun ni kena wat motivasi sket kat anak2 org-org tua ni..)
  • Karya seniman Mesir purba pada tahun 3200 SM -lebih 5000 tahun yang lalu- dikatakan drama pertama dipentaskan. Ia mengisahkan pembunuhan dewa Osiris oleh adiknya Seth. Dalam drama itu digambarkan, tubuh Osiris dicincang lumat. Isterinya, Iris dan anaknya, Horus mengutip kembali cebisan mayat Osiris, kemudian mencantumkannya semula. Osiris hidup semula dan Seth menerima hukumannya. Drama itu tamat dengan Horus ditabal menjadi raja. Teks drama ini ditulis atas tumbuhan papyrus dan ditermui oleh seoang arkeologis pada tahun 1895. (Nampak benor deme ni kapior..mane ade org mati boleh idop balek...tipu betoi!)
  • Sesetengah haiwan dapat meramal bencana. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelumia berlaku. Kebolehan itu memberi peluang kepadanya menyelamatkan diri dengan menyelam lebih jauh ke dalam laut. Ikan emas pula dapt mengesan gempa bumi. Kerana itulah banyak orang Jepun memelihara ikan ini di rumah masing-masing. Iakn tersebut akan melompat-lompat beberapa jam sebelum gempa bumi berlaku. (katak malaysia lagi terer..depa leh bagitau bila ujan nak turun..lagi dasat..!!!)

No comments:

Post a Comment